Thursday, February 2, 2012

bahagia bila..

saat kau dan aku mula bicara

saat kau dan aku melentur kata

saat kau memberi sinar

saat kau mula buat aku tertawa


aku mula suka

aku mula rasa bahagia

bodohnya aku bila merasa bergitu

kerana cinta tak mungkin bertepuk sebelah tangan


aku mula tertawa

melihat permainan dunia

jangan cepat membuat konklusi

kerana itu hanya ilusi


aku rasa aku perlu melangkah

mungkin pergi jauh dari kau

sebelum aku rasa lebih berat

eloklah aku mengundur diri


dalam dunia tiada yang indah

indah itu perlu dicari

maka pencarian itu satu masa yang lama

bila mana kebahagiaan akan muncul akhirnya


jangan jadi bodoh

menunggu bulan jatuh ke riba

yang entah bila jatuhnya

engkau yang merana


jadilah diri kau seadanya

kerana itu lebih berharga

apa ada dengan harta berjuta

namun miskin rasa cinta


cinta itu luas maknanya

jangan sempitkan hanya kerana derita

setiap orang punya cerita cinta berbeza

bergitu juga aku dan dia


sebarkan rasa cinta itu pada semua

biar dunia merasa bahagia

hanya dengan cinta manusia dewasa

maka dunia aman sentiasa..


p/s: lalala bosan terlampau da ni.hahaha

Monday, April 18, 2011

hari selasa.

salam... hari ini hari selasa. hari terakhir duduk kat rumah sebelum balik ke melaka. huh melaka tu kat mana ye? tak ingat lah.lama sangat duduk kat rumah katanya. hahahaha.. sekarang ni sedang sibuk dengan peperiksaan akhir. makanya hari ini saya akan mendarat ke melaka.. selepas sebulan baru saya akan online semula. oleh yang demikian...selamat maju jaya semua.hehehehe

Friday, February 4, 2011

menghitung hari

salam. hi.....

hari ini sudah hampir ke penghujungnya.. maka selamat malam wahai jumaat. esok hari baru, hari sabtu.. saya masih menghitung hari..hahaha 2 hari lagi..hehehehhe.. :P