Pages

Wednesday, January 13, 2016

its been a long time~~

sebab harini aku ada course marketing product via online, maka blog lama ni pun terusik, maka aku bersemangat sekejap nak tulis something..


aku anis,

aku suka tulis,

aku suka makan,

aku suka benda cantik.

sebenarnya nak share moment solemnization and wedding reception 1/1/16 haritu

tapi sebab tengah kursus, aku hold lah dulu..

sedikit sebanyak dream wedding aku yang dah jadi kenyataan.

TAPI!!!

tunggu majlis reception side husband aku nanti aku update full story!!

cant wait bebeh

much love
XOXO

Thursday, September 5, 2013

manusia biasa

aku manusia biasa
punya cacat cela
tidak punya harta berjuta
juga bukan papa kedana

aku manusia biasa
punya masalah sini sana
telan apa saja cabarannya
kerna ku tahu ada ganjarannya

aku manusia biasa
punya dosa dengan semua
tidak semulia mana
namun bukan manusia hina

aku hanya manusia biasa
hidup di kota raya
bersama ibu bapa beserdahana
mencari rezeki untuk hidup selesa

Thursday, February 2, 2012

bahagia bila..

saat kau dan aku mula bicara

saat kau dan aku melentur kata

saat kau memberi sinar

saat kau mula buat aku tertawa


aku mula suka

aku mula rasa bahagia

bodohnya aku bila merasa bergitu

kerana cinta tak mungkin bertepuk sebelah tangan


aku mula tertawa

melihat permainan dunia

jangan cepat membuat konklusi

kerana itu hanya ilusi


aku rasa aku perlu melangkah

mungkin pergi jauh dari kau

sebelum aku rasa lebih berat

eloklah aku mengundur diri


dalam dunia tiada yang indah

indah itu perlu dicari

maka pencarian itu satu masa yang lama

bila mana kebahagiaan akan muncul akhirnya


jangan jadi bodoh

menunggu bulan jatuh ke riba

yang entah bila jatuhnya

engkau yang merana


jadilah diri kau seadanya

kerana itu lebih berharga

apa ada dengan harta berjuta

namun miskin rasa cinta


cinta itu luas maknanya

jangan sempitkan hanya kerana derita

setiap orang punya cerita cinta berbeza

bergitu juga aku dan dia


sebarkan rasa cinta itu pada semua

biar dunia merasa bahagia

hanya dengan cinta manusia dewasa

maka dunia aman sentiasa..


p/s: lalala bosan terlampau da ni.hahaha