saat kau dan aku mula bicara
saat kau dan aku melentur kata
saat kau memberi sinar
saat kau mula buat aku tertawa
aku mula suka
aku mula rasa bahagia
bodohnya aku bila merasa bergitu
kerana cinta tak mungkin bertepuk sebelah tangan
aku mula tertawa
melihat permainan dunia
jangan cepat membuat konklusi
kerana itu hanya ilusi
aku rasa aku perlu melangkah
mungkin pergi jauh dari kau
sebelum aku rasa lebih berat
eloklah aku mengundur diri
dalam dunia tiada yang indah
indah itu perlu dicari
maka pencarian itu satu masa yang lama
bila mana kebahagiaan akan muncul akhirnya
jangan jadi bodoh
menunggu bulan jatuh ke riba
yang entah bila jatuhnya
engkau yang merana
jadilah diri kau seadanya
kerana itu lebih berharga
apa ada dengan harta berjuta
namun miskin rasa cinta
cinta itu luas maknanya
jangan sempitkan hanya kerana derita
setiap orang punya cerita cinta berbeza
bergitu juga aku dan dia
sebarkan rasa cinta itu pada semua
biar dunia merasa bahagia
hanya dengan cinta manusia dewasa
maka dunia aman sentiasa..
p/s: lalala bosan terlampau da ni.hahaha