pertama kali....lagi seminggu aku akan pulang... hidup jauh dari keluarga berdepan pula dengan rakan dan taulan..aku masih tidak percaya..kehidupan ku sebagai seorang mahasiswa akan ku tinggalkan tidak lama lagi..walaupun setahun dari sekarang namun kenyataan yang harus aku hadapi ialah masa semakin laju mengejar kita... adakah kita sedar akan kenyataan itu..? selama aku hidup aku punya banyak rencana untuk ku susuli sepanjang perjalanan hidupku... kini aku sedang bertarung dengan segala anasir yang akan menjatuhkan aku..emosiku dan fizikal harus aku cekalkan...hari hari yang mendatang tidaklah seperti yang kita harapkan...ujian cubaan dan dugaan mungkin akan datang bertalu talu...mungkin juga bukan itu yang kita akan dapat..mungkin ada yang mendapat bahagia gembira dan gelak tawa??? itu semua bergantung kepada nasib seseorang itu...aku kini berusia 20 tahun pada hari ini... seperti baru semalam aku melangkah ke alam persekolahan dan kini aku bakal meninggalkan zaman pengajian tinggiku... sungguh aku tidak menyangka masa bergitu pantas.. walau tanggapan sesetengah orang masih jauh perjalanan hidup ini namun untuk aku ia seolah olah semakin jauh dariku.. ini hanyalah monolog diriku.... adakah aku mampu untuk meneruskannya.. ya aku mampu!! aku akan mencari setiap bucu mahupun celahan yang mampu membawa ku terbang jauh dan mencapai cita citaku..
selama aku hidup banyak rencana yang aku rancangkan untuk meniti hari hariku ini...belajar dengan baik mendengar kata mama dan ayah dan menjadi seorang jururawat!! namun aku bukanlah seorang yang pandai mahupun seorang yang kretif..aku juga seorang anak yang sentiasa mempunyai ego tersendiri... aku tidak suka dikongkong tetapi aku cintakan kedamaian.. namun aku sentiasa percaya jauh disudut hatiku, aku punya keistimewaan sendiri yang tiada tolok bandingnya...di zaman persekolahanku aku sering melakukan perkara bukan sepenuh jiwaku... aku bukan lah seorang pelajar harapan mahupun tunggak utama. alangkah bagusnya kalau aku belajar dengan lebih keras... alangkah baiknya kalau aku sentiasa menjadi anak yang mendengar kata...aku sungguh berdosa... aku bangun dari jatuhku..aku kini menjadi aku.. walau yang sukar difahami dan ditafsirkan... aku semakin matang..walau ada ketika aku menjadi seorang insan yang dicuba didekati semakin jauh aku pergi...
aku sentiasa menyakitkan hati mereka yang menyayangiku... kerana aku juga pernah disakiti..tidak mungkin aku akan melupakannya..namun aku memang berdosa...
selama aku melanjutkan pengajian ye aku semakin matang... aku semakin pandai menjaga hati keluargaku.. aku semakin arif dalam mengendalikan emosi..aku bahagia.. namun disetiap bahagia yang tiba bukanlah akan menjadi milik kita selamanya.. alangkah bagusnya kalau bahagia itu berpanjangan..
No comments:
Post a Comment