Pages

Thursday, December 9, 2010

cerita itu manis namun ada pahitnya~~

anis tahniah.. walaupun bukan lah cemerlang mana but still tunaikan janji grad on time.. ya kesedihan yang berpanjangan hanya membawa derita. untuk apa bersedih pada benda yang dah terjadi. hidup ini pendek. kita tak tahu apa akan jadi esok lusa dan selepas itu.. mungkin aku hanya ada hari esok. jadi untuk apa aku terus-terusan bersedih? aku cuba menyingkap tirai lalu, semua yang terjadi ada hikmahnya. hidup macam roda. kejap kat atas, kejap kat bawah. kita tak akan selalu di atas dan bukan selamanya di bawah. selama tiga tahun aku berjauhan dengan keluarga semua perasaan yang aku tak pernah terfikir akan rasa aku rasa. rindu pada keluarga, duit belanja habis, kena puasa sebab terlebih belanja, segan nak minta duit belanja, gaduh dengan kawan, salah paham, nangis sebab kawan, gelak sebab kawan, macam-macam perasaan aku rasa selama tiga tahun. selama itu juga aku semakin matang. untuk anak yang tak pernah berjauhan dari keluarga terpaksa berjauhan, menjadi seorang yang kuat nangis dan itu semua adalah kenangan. pertama kali aku menjejakkan kaki ke UITM SEGAMAT aku terasa biasa. seperti budak hingusan.itu lucu. kini aku sudah pun menamatkan pengajianku untuk diploma. seandainya ada rezeki akan aku teruskan cita-citaku. walaupun bukan lah hebat mana namun itu sudah cukup. seandainya aku mampu putar masa itu kembali akan aku putar biar aku punya waktu yang cukup untuk lebih bersedia. namun itu hanyalah angan-angan yang tak mungkin terjadi. apa yang terjadi sudah terjadi dan kini ada di depan mata. bersyukurlah kerana ALLAH tak minta kita menjadi yang terbaik tetapi membuat yang terbaik. aku sudah berusaha dan melakukan sebaik mungkin. aku harus bersyukur walaupun pahit untuk aku telan malah untuk diluah juga terasa pahitnya. setiap yang terjadi ada hikmhanya. pada sesiapa yang terbaca blog aku, apa pun yang terjadi pada diri kita, tidak kira sihat atau sakit, gembira atau duka, tenang atau tegang. apa yang terjadi telah ditentukan. terimalah seadanya. itu lebih baik dari terus mencari mana silapnya kerana manusia tidak dilahirkan sempurna..

No comments:

Post a Comment