dan bila,
saat ini minda melayang jauh
jari ligat menekan papan kekunci
menaip bait-bait indah
puitis kata syahdu hati.
dan bila,
hari ini aku sendiri lagi
mendengar lagu di komputer peribadi
mengarang ayat sedapkan hati
hati terdetik sampai bila harus bersendiri.
dan bila,
hati terasa kosong
aku tenggelan dalam dunia ku
mengenang kembali cerita lalu
tertawa sendirian seakan-akan orang asyik bercinta.
dan bila,
aku tersedar kenangan itu manis walau ada pahitnya
aku akan rasa bersyukur
kerana ia menjadikan aku manusia yang lebih baik
yang lebih bertamadun
dan lebih kuat untuk hari mendatang.
dan bila,
aku tak lagi mengukir senyuman
akan aku lihat ke langit
kerana di atas sana tersimpan seribu satu perasaan
dan aku akan tertawa melihatnya.
p/s: derived from my notes.
No comments:
Post a Comment