Pages

Monday, November 22, 2010

hari ini waktu ini

hari ini aku bangun,

ku lihat sekeliling,

ku buka nota peribadi,

ku lihat hari semakin suntuk.


saat ini, aku menaip,

aku bermonolog sendirian,

mengenang nasib yang entah apa jadinya.


ku mulakan hari dengan baik,

saat aku memula langkah,

aku terkesima,

namaku seperti dipanggil-panggil,

ya, namaku sudah busuk dijaja orang.


salahkan aku pelik?

salahkah aku menjadi aku?

salahkah aku untuk tidak mesra?

kerana aku tahu itu sumua dusta.


yang kau berikan hanyah duka,

hanya sengketa,

bukan bahagia.


kita pernah berkawan,

kita pernah berteman,

mengapa kau kini sebaliknya??

memulakan pakatan untuk menjatuhkan aku?


dia bukan siapa-siapa pada kau,

juga bukan pada aku,

aku hanya menyukai bukan ingin memiliki,

aku hanya mahu berteman,

mengapa kau sering berkata ia dosa dari masa lampauku?

rapatkah kau denganku?

mesrakah kau bersamaku?


wahai wanita kau bukan aku,

dan aku bukan kau,

kau tidak mengenali aku,

jangan kau berani katakan apa yang terjadi adalah balasan dosa lampauku


kau terlalu sekejap mengenaliku,

kau yang bodoh tidak nampak apakah yang kesayangan kau lakukan terhadap kau

mereka bodohkan kau,

aku tahu mereka mengata tentang kau,

mereka gelakkan kau,

namun sedarkah kau itu semua?


aku bukan orang bodoh yang tidak sedar diri,

aku pergi meninggalkan kau dan yang lain,

kerana aku tak sanggup,

melihat kau di bodohkan,


ku akui kau cantik,

kau manis,

namun kecantikan sejati dari dalam

bukan luar yang kau sembahkan.


p/s: this is derived from my notes...

No comments:

Post a Comment